Pengembaraan dunia tumbuhan 2
Pengembaraan Dunia Tumbuhan 2
Sumber: Pinjaman dr Perpustakaan Desa Tmn Dahlia
Ranking:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Review Saya: Sangat Menarik
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua! Bertemu lagi kita dalam blog Saya yang seterusnya. Pada hari ini, saya akan kongsikan tentang buku PENGEMBARAAN DUNIA TUMBUHAN 2! Buku ini juga menarik.
Buku ini sama seperti buku teks cuma ianya di dalam bentuk komik dan lebih seronok. Buku ini mudah menarik perhatian saya dan juga adik-adik saya. Asalnya kami tidak suka dengan buku-buku tentang pelajaran. Tetapi setelah membaca komik ini,saya dapat rasakan yang buku-buku yang melibatkan pembelajaran ini juga menarik seperti komik-komik yang biasa.
Ia mempunyai 4 watak utama iaitu Soh Sil,Ji Woo,Gae Yi dan Park Shik. Antara keempat-empat watak ini saya paling suka dengan watak yang bernama Ji Woo ini kerana walaupun dia ini sering timbulkan masalah, tetapi dia sentiasa tenang menghadapi detik-detik kecemasan.
Saya pasti ada kawan-kawan saya yang sudah membaca buku ini jadi ayuh komen pendapat awak tentang buku ini.🤩
Terima Kasih atas kerjasama kawan-kawan. 😉

Comments
Post a Comment