Posts

Showing posts from January, 2021

Pengembaraan dunia tumbuhan 2

Image
  Pengembaraan Dunia Tumbuhan 2 Sumber: Pinjaman dr Perpustakaan Desa Tmn Dahlia Ranking:⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ Review Saya: Sangat Menarik Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua! Bertemu lagi kita dalam blog Saya yang seterusnya. Pada hari ini, saya akan kongsikan tentang buku PENGEMBARAAN DUNIA TUMBUHAN 2! Buku ini juga menarik.  Buku ini sama seperti buku teks cuma ianya di dalam bentuk komik dan lebih seronok. Buku ini mudah menarik perhatian saya dan juga adik-adik saya. Asalnya kami tidak suka dengan buku-buku tentang pelajaran. Tetapi setelah membaca komik ini,saya dapat rasakan yang buku-buku yang melibatkan pembelajaran ini juga menarik seperti komik-komik yang biasa.  Ia mempunyai 4 watak utama iaitu Soh Sil,Ji Woo,Gae Yi dan Park Shik. Antara keempat-empat watak ini saya paling suka dengan watak yang bernama Ji Woo ini kerana walaupun dia ini sering timbulkan masalah, tetapi dia sentiasa tenang menghadapi detik-detik kecemasan.  Saya pasti ada kawan-kawan saya yang...

Misi straight A

Image
  Karya : Tim Misi Bil ms : 336 Sumber : Pinjaman dr perpustakaan Desa, Tmn Dahlia Jb Review Saya : Sangat menarik  Bintang : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ Saya sangat suka buku ini. Ini kerana buku ini dapat mencerminkan alam persekolahan. Iaitu alam sekolah menengah.  Buku ini juga ada aksi yang seronok dan juga kelakar. Ada juga beberapa watak utama iaitu Zahid,Mad,Kimi,Putera dan juga Aizad, kelima-lima mereka ialah sahabat baik. Saya paling suka dengan watak yang bernama Zahid kerana dia seorang yang positif dan juga berpegang teguh pada agamanya,iaitu agama islam. Ada lagi tak kawan- kawan Aaliyah yang dah baca buku yang sama? Kalau ada kongsilah pandangan awak.😉                       TERIMA KASIH! 🤗